As salam semua pembaca.
Aku baru belajar berniaga, macam2 dugaan yang datang dalam perniagaan ni. Dulu aku makan gaji, cukup time balik. Cukup bulan dapat gaji. Time cuti pun seronok. Nak plan perbelanjaan keluarga pun senang sebab ikut gaji semasa. Tapi kini berubah....ni yang aku nak share.
Bila dah start dalam business ni, pada mulanya aku rasa "yes!!! aku dah ada business sendiri" mesti best kan. Tapi sebenarnya Allah saja yang tahu. Peningnya yang amat. Macam2 perkara nak fikir, gaji, utiliti, hutang nak bayar, payment tak dapat dan lain2 siapa yang tahu. Hanya kita saja yang tahu. Nak cari projek pun kena belanja macam2, projek belum tentu dapat.
Sekarang hidup aku sometime ada duit sometime tiada tetapi yang pasti orang sekeliling tetap nampak aku hebat sebab tak kan kita nak tunjuk kat orang kita ada duit atau tidak. Famili kita sendiri pun bukan tahu yang kita ada masalah atau tidak. Yang pasti setiap permintaan mengharapkan ianya dapat dirialisasikan. Bukan famili tak support tapi kita tak cerita sebab tak nak bagi diorang pening dan rasa tak secure. Kekadang public holiday anak isteri nak kita bawa diorang jalan2 tetapi time tu lah kita ada kerja nak kena entertain dan lain2. Pening...pening...pening....

No comments:
Post a Comment