Wednesday, September 9, 2015

10.09.15 12:27

Hiii,

Hari ni bawa anak datang pejabat. Keja diorang main game. Adooiii pening, lain tak ada. Yang sorang tu asyik download game saja, ntah bayak mana game dia nak download pun tak tau. Petang ni bawa diorang ke rumah nenek diorang. Mesti dapat makan best...hahahaha...

Gambar hiasan

09.09.15 16:04

Baru balik dari perbincangan dgn 1 syarikat baru yang merupakan anak syarikat negeri. Adoyai tak sudah2 aku kena bare the cost dulu untuk 1 projek ni. Macam mana nak buat sebab company tu pun tak wujud lagi????

Just luahkan geram yang terpendam...hihihi....tak layan...lepas ni diorang tak bagi projek....layan kalu....takut tak dapat payment....serba salah den.

Tapi yang best tu baru lepas makan ayam kampung goreng bawang yang cukup sedap....hiiiiiii


Tuesday, September 8, 2015

Asam Garam Berniaga

As salam semua pembaca.
Aku baru belajar berniaga, macam2 dugaan yang datang dalam perniagaan ni. Dulu aku makan gaji, cukup time balik. Cukup bulan dapat gaji. Time cuti pun seronok. Nak plan perbelanjaan keluarga pun senang sebab ikut gaji semasa. Tapi kini berubah....ni yang aku nak share.

Bila dah start dalam business ni, pada mulanya aku rasa "yes!!! aku dah ada business sendiri" mesti best kan. Tapi sebenarnya Allah saja yang tahu. Peningnya yang amat. Macam2 perkara nak fikir, gaji, utiliti, hutang nak bayar, payment tak dapat dan lain2 siapa yang tahu. Hanya kita saja yang tahu. Nak cari projek pun kena belanja macam2, projek belum tentu dapat.



Sekarang hidup aku sometime ada duit sometime tiada tetapi yang pasti orang sekeliling tetap nampak aku hebat sebab tak kan kita nak tunjuk kat orang kita ada duit atau tidak. Famili kita sendiri pun bukan tahu yang kita ada masalah atau tidak. Yang pasti setiap permintaan mengharapkan ianya dapat dirialisasikan. Bukan famili tak support tapi kita tak cerita sebab tak nak bagi diorang pening dan rasa tak secure. Kekadang public holiday anak isteri nak kita bawa diorang jalan2 tetapi time tu lah kita ada kerja nak kena entertain dan lain2. Pening...pening...pening....